Respon 10 Tahun E-Bacaan (7)

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, March 3, 2012 9:30 AM
Subject: Tahniah!
 

Salam,

Tahniah atas sambutan laman E-Bacaan yang ke 10 Tahun. Moga berbondong-bondong lagi minda Ahlus Sunnah dan Syiah dibebaskan oleh Quran. Terima kasih juga kepada saudara dan yang lain kerana memulakan laman ini.

Saya tidaklah pandai sangat hendak memantun, tapi terdetik juga di hati untuk berpantun bila Uncle Seekers berpantun, walaupun takde kena mengena dgn ulangtahun laman,

Cantik sungguh Pulau Langkawi
Disumpah perempuan bernama Mahsuri
Dibuang saudara ditinggal isteri
Kerana Quran hamba gagahi


Salam.
PS. Takde kena mengena dgn hamba kerana hamba belum beristeri.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis sempena sambutan 10 Tahun laman, dan tentu tidak dilupakan juga ialah keikhlasan sahabat dalam mengirim pelbagai sumbangan untuk tontonan kita semua. Antaranya ada pula yang ditakuti isteri kami, lalu tidak dilihatnya, setelah kami mengkhabarkan tentang video clip "jin".

Memang benar apa yang dimaksudkan dalam pantun saudara, iaitu kerana al-Qur'an "Dibuang saudara ditinggal isteri". Ia memang pahit, namun ditelan jua.

Dalam berkata tidak pandai sangat memantun tapi saudara berjaya menghasilkannya pula. Maka itu jadi cabaran bagi kami yang turut tidak pandai. Setelah berhempas pulas terbitlah pantun kami yang tidak sepertinya, diturunkan di bawah:

Malangnya hamba yang berseorang diri,
Ditinggalkan isteri yang belum dimilki,
Dengan al-Qur'an terduduk menanti-nanti,
Di manakah agaknya si Mak Siti.

Kalau tak suka dengan baris ke-4 boleh ditukar dengan:

Di manakah agaknya si cik puteri.

Harap saudara berjaya...


Allah disanjung!

PS: Esok tak ada pantun. Maaf.

6 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman