Respon 10 Tahun E-Bacaan (6)
From: anakseni
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, March 2, 2012 6:57 PM
Subject: selamat ulang tahun yg ke sepuluh kepada E-Bacaan "dulu, kini dan selamanya"
Salamun alaikum,Ucapan Tahniah setinggi-tingginya kepada E-Bacaan yg terus unggul walaupun terdapat byk org2 yg tidak percaya menentangnya. mereka bukan lah menentang E-Bacaan tetapi ayat2 Allah yg mereka sangkalkan, tetapi mereka tidak sedarnya. namun begitu biarkanlah mereka, kelak mereka akan mengetahuinya
salamun alaikum tuan hamba semua,
Jalan yg lurus saya mencari.
tanpa E-bacaan butalah saya,
dari agama yg Allah berkati.sepuluh tahun telah berlalu,
dimamah usia tanpa sedari.
andai e-bacaan tiada dahulu,
pasti saya masih tercari-cari.Terima kasih pada semua yg terlibat disini, yg membaca, yg mengkaji, yg ikut, yg beri idealogi, yg menjawap persoalan2 dan yg menguruskannya. semua itu amat saya hargai.
Salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih, tapi dimulakan dengan cerita lain, iaitu mengenai peristiwa yang agak luar biasa. Sejak kebelakangan ini kami telah beri, antaranya melalui anak, buku Bacaan kepada orang-orang yang bukan Melayu dan bukan juga Islam, dan kepada orang-orang berdarah campuran Melayu tetapi tidak mengenali Islam melalui Kitab-Nya. Mereka diberi kerana meminta atau kerana sudi membacanya setelah dijelaskan sedikit mengenainya.
Syukur kepada Allah yang telah beri peluang kepada kami untuk menyampaikannya kepada siapa Dia hendaki.
Telah disebut mengenai orang-orang yang menentang. Sebutannya amat baik sekali. Benar, antara mereka telah kami biarkan, dan tindakan dibuat setelah mengambil iktibar daripada cerita Zul-Karnain, yang terjumpa satu kaum dalam keadaan bertelanjang. Lalu beliau tinggalkan mereka dengan tanpa sebarang tidakan diambil. Ayat berkenaan berbunyi,
"Sehingga apabila dia (Zul-Karnain) sampai di terbit matahari (timur), dia dapatinya terbit pada satu kaum yang Kami tidak buatkan sebarang penutup bagi mereka.... Kemudian dia ikut satu jalan," (18:90-92).
Antara orang-orang yang kami biarkan sahaja adalah mereka yang tidak rasa malu sedikit pun atas sebab tidak membaca dan mengetahui isi kandungan al-Qur'an.
Benar juga tindakan sahabat beri ucap terima kasih kepada semua yang
terlibat, kerana kehadiran mereka dapat bantu menyakinkan sesetengah pihak.
Sekali lagi kita didendangkan dengan pantun. Kami menyukainya, tetapi malang
sekali kami tidak pandai berpantun, dan pantun balas yang kami beri beberapa
hari lalu sebenarnya diceduk daripada buku Warisan Puisi Melayu!
Ada lagi emel yang mengandungi pantun, tapi tidak diterbitkan hari ini. Menurut pengirimnya ia diusahakan setelah melihat pantun uncleseekers. Dengan itu kami berhenti di sini, dengan pantun satu kerat berbunyi,
Orang berbahasa sedapnya kami rasa!
Allah disanjung!
5 Mac 2012
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman