Respon 10 Tahun E-Bacaan (5) dan Ulama

 

From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, March 2, 2012 5:48 PM
Subject: Ulama


Salamun alaikum,

Tahniah kepada Tuan dan laman ini kerana sudah berusia 10 tahun. Pada masa yang sama saya panjatkan kesyukuran diatas petunjukNya dan juga berdoa kepada Allah semoga Tuan dan keluarga sihat dan dipanjangkan umur agar terus berjuang di jalanNya.

Ada satu persoalan iaitu mengenai Ulama. Seperti di dalam bahagian kalimat Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang tahu, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.

Kalau mengikut kefahaman saya, orang alim atau ulama bukan hanya ditujukan kepada ahli agama sahaja tetapi juga boleh dimaksudkan kepada orang-orang yang ahli (pakar,mahir) didalam bidang masing-masing.dan mereka ini juga tergolong didalam orang-orang yang percaya maka mereka ini juga saya katakan Ulama Islam. Misalnya seorang doktor pakar saraf otak beragama Islam (yang percaya dan ikut ajaran Allah)......... Pandangan tuan bagaimana?

Terima kasih


Salamun alaikum,

Alhamdulillah. Maka golongan orang-orang yang bersyukur dapat dilihat bertambah ramai. Namun, mereka adalah sedikit berbanding orang-orang yang tidak bersyukur atau tidak berterima kasih. Kebanyakan manusia tidak berterima kasih, menurut-Nya, dan disebut, kalau tidak silap, sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an. Terawal daripadanya didapati di dalam ayat berbunyi,

"Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih." (2:243)


Atau yang hanya beri sedikit kesyukuran sahaja, misalan atas pemberian-Nya seperti pendengaran (supaya dapat mendengar), penglihatan (supaya dapat melihat, membaca), dan hati (supaya dapat berfikir). Ayat berkaitan ialah:

"Dia yang tumbuhkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit kesyukuran (terima kasih) kamu tunjukkan." (23:78)


Maka orang-orang al-Qur'an tidak bersifat demikian. Beralih kepada perkara mengenai ulama yang disebut. Seperti sedia maklum, pandangan kami adalah serupa dengan pandangan sahabat notootaksub di atas, dan dapat dibaca di sini.

Terima kasih juga atas doa sahabat dan sahabat-sahabat lain. Dengan izin Allah, dan pemberian-Nya atas kesihatan yang baik, perjuangan akan diteruskan, seperti diharapkan juga oleh seorang sahabat karib, yang bukan Melayu, yang telah memperbaharui kontrak e-bacaan (setelah tamat 10 tahun) dan kemudian menulis:

Dear <dipadam>,

Salam. Please note the future date of expiration of website and may God grant you long life to see beyond that date possibly for many further renewals of e-bacaan... :)

Best wishes, <dipadam>


Dengan kata-kata itu, dan yang serupa daripada sahabat-sahabat lain, maka perjalanan tidak mungkin balik ke belakang tetapi ke depan walaupun dalam keadaan semput... ;)


Allah disanjung!


5 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman