Respon 10 Tahun E-Bacaan (4)

 

From: sky5ire
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, March 2, 2012 5:31 PM
Subject: 10 Tahun e-bacaan


Benarlah Kata-2 Allah Pemelihara Semua Alam;

79:46. Ia seakan-akan, pada hari mereka melihatnya, mereka tidak tinggal melainkan untuk waktu petang, atau duhanya (paginya).

10 Tahun sudah berlalu seakan-akan 10thn itu adelah semalam, Allah Disanjung !


Salamun Alaikum Tuan dan sahabat semua

Tahniah kepada tuan yang dengan kehendak & izin Allah lelaman ini masih bertahan hingga kehari ini walaupun terpaksa menempuh berbagai gangguan namun ialahnya tetap berdiri teguh

teruskan usaha tuan...ianya mengajak kita untuk memandang pada Yang Satu dan mendukung Kitab yang satu, Quran.

salam ..! salam..! salam semua...

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih

Segala Puji Bagi Allah Pemelihara Semua Alam


Salamun alaikum,

Memang benar e-bacaan telah menempuh pelbagai gangguan yang jadi cubaan, tetapi cubaan yang menyergah, di jalan kami pilih, telah banyak kali ditemui, sebelum lelaman ini diterbit lagi. Namun ia tidak jadikan kami rasa istimewa, kerana semua insan yang memilih jalan lurus akan dicuba atau diuji-Nya jua.

Terima kasih atas kata-kata yang memberangsangkan, dan sokongan sahabat dalam beri banyak sumbangan. Diharap sumbangan sahabat akan terus menolong pelawat-pelawat e-bacaan pada masa depan dalam menuju ke arah jalan tersebut yang mereka cari.

"Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya." (5:2)


Setakat ini sahaja yang dapat kami tulis hari ini. Beberapa emel lain yang turut diterima akan ditulis esok, dengan izin-Nya.


Allah disanjung!


3 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman