... dari Senarai 4


Senarai 5:

 

#66:
From: cekedess
Date: 2009/11/22
Subject: Terima kasih
To: ebacaan114@gmail.com

Terima kasih kepada ebaca atas perkongsian yg penuh manfaat ini. Teruskan mengemaskini maklumat baru.


Salamun alaikum,

Terima kasih.

Ke senarai pengirim

 


#67:
From: Yaseen Ali
Date: 2010/3/2
Subject: Re: tanda halal
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>


Salamun Alaikum,

Terima kasih tuan atas kesudian membalas email saya.

Semoga perjuangan tuan dapat kerahmatan, kerberkatan, keredhaan dari ALLAH, Tuhan Pemilihara Semua Alam.

 

Salamun alaikum, terima kasih.
 

Ke senarai pengirim


#68:
From: Arimulyadi
Date: 2010/3/16
Subject: Asslamualaikum
To: ebacaan114@gmail.com

Salam bagus web site ni.. ringkas dan penuh isi. teruskan usaha


Salamun alaikum! Diucapkan kepadanya ribuan terima kasih.

Ke senarai pengirim

 


#69:
From: tumpi_trg
Date: 2010/4/13
Subject: terima kasih
To: ebacaan114@gmail.com

askm..terima kasih kerana menulis. Saya hadiahkan Al-Fatihah untuk saudara dan saudari.


Salamun alaikum! Terima kasih.

Ke senarai pengirim


#70:
From: lanlen09
To:
ebacaan@yahoo.com
Cc: alraj
Sent: Tue, June 8, 2010 8:43:35 AM
Subject: Salam


Salamun alaikum.

Saya telah dan sedang ikut perkembangan ebacaan. Dan saya sangat berterima kasih dengan laman web tuan kerana banyak manafaat yang saya dapat. Teruskan usaha murni tuan. Allah disanjung.


Salamun alaikum! Terima kasih, dan teruskan usaha dalam lingkungan al-Qur'an. Orang-orang mukmin akan berjaya, dengan izin Allah.


Ke senarai pengirim


#71:
From: mohasin
To:
ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, June 23, 2010 3:35:21 PM
Subject: mohon izin


mohon izin beberapa artikel dibaca, diambil dan diteladani seterusnya disebar kpd sahabat2 yg lain..

terima kasih
 

Salamun alaikum! Silakan.


Ke senarai pengirim
 


#72:
From: ahkamal
To:
ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, July 26, 2010 10:53:51 AM
Subject: Syabas dan Tahniah.

Salamunalaikum Tuan Pengurus Laman, 

Segala Puji bg Allah Pemelihara Semua Alam krn beri kekuatan kpd Tuan dan keluarga dan juga pada rakan2 seperjuangan dlm menegakkan kebenaran Al-Quran sbg panduan hidup manusia masa kini terutamanya di Malaysia dlm menerbitkan laman e-bacaan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan buat Tuan Pengurus Laman yg sentiasa cekal dan tabah dlm menghadapi pelbagai ujian dan tohmahan dlm menegakkan yg benar dlm laman ini.

Semoga tuan sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yg baik dlm meneruskan perjuangan ini.

Allah Di Sanjung.


kamal


Salamun alaikum! Terima kasih atas ketulusan kata-kata yang memberangsangkan. Kali ini terasa ingin turunkan beberapa ayat mengenai menyanjung-Nya pula:

"Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,
Dan sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu." (15:98-99)

"Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.
Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
Tiada jiwa tahu apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa yang mereka telah buat." (32:15-17)

"Sesungguhnya, jika dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang yang menyanjung,
Tentu dia akan tinggal di dalam perutnya hingga hari mereka dibangkitkan," (37:143-144)

"Berkata yang paling tengah daripada mereka (di akhirat), 'Tidakkah aku kata kepada kamu, "Mengapa kamu tidak sanjung?’”
Mereka berkata, “Allah disanjung, Pemelihara kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang zalim.'” (68:28-29)

Terima kasih.

Ke senarai pengirim
 


#73:
From: Apit(hafiizh)
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, August 4, 2010 1:18:04 PM
Subject: Terima Kasih Pengurus Laman

 

Salam....

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada TUHAN YANG MAHA KUASA kerana mewujudkan manusia-manusia seperti Tuan yang tidak pernah putus-putus sampaikan peringatan DIA.

Kalau dahulu, sebelum bapa saya meninggal, saya banyak berdiskusi dengan dia dalam hal-hal agama dan hidup, tetapi sekarang, saya tenang apabila dapat melayari laman web bacaan ini.

Moga TUHAN YANG MAHA MENGHITUNG memberkati usaha kita.

Salam..


Salamun alaikum! Terima kasih kerana sudi menulis lagi, kali ini untuk memanjangkan lagi kesyukuran kepada Allah atas rahmat yang dikurniakan kepada kita dengan tanpa henti. Dia disanjung!
 

Ke senarai pengirim


#74:
From: ahkamal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, August 3, 2010 11:28:11 AM
Subject: Terima kasih

Salamun alaikum Tuan Pengurus Laman,

Segala Puji Bg Allah Pemelihara Semua Alam krn kehendakNya telah menghantar seorang hambaNya seperti tuan untuk beri satu lembaran baru dlm hidup saya dan keluarga setelah bertemu dgn laman e-bacaan ini.  Rasa yang indah sangat bila ada jua hamba2Nya spt Tuan yg sudi meluangkan masa dlm beri para pengunjung satu cetusan minda yg baru dari cengkaman anutan ikut-ikutan selama ini.

Terima kasih sekali lagi krn sudi membalas segala pertanyaan dlm email saya sebelum ini. Hanya Allah saja yg dapat membalas segala jasa-jasa tuan dlm mengembangkan dan menegakkan yg benar dari Al-Quran. Saya dan isteri serta keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas pengorbanan yg telah tuan lakukan di dlm laman e-bacaan ini.

Saya dan keluarga merasa bahagia yg amat sangat dlm mempelajari Al-Quran dlm laman e-bacaan ini. Tak dapat hendak diungkap dengan kata2 betapa bahagianya kami sekeluarga dengan amalan2 yg sebenarnya yang dituntut oleh Allah Pemelihara Semua  dlm laman  e-bacaan ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Allah Di sanjung
 

Salamun alaikum! Terima kasih. Rasanya sahabat amat bertuah kerana isteri dan keluarga turut bersama jadi ahli keluarga golongan Allah yang kian bertambah ramai. Golongan Allah pasti menang!


Ke senarai pengirim


#75:
From: shahdanzizan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, September 17, 2010 4:18:22 AM
Subject: pertanyaan dan penghargaan (Al-Qur'an Dalam Internet)

salam,

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sediakan laman sesawang sebegini bagi kebaikan semua dan menambah ilmu didada. E-bacaan amat membantu khususnya diri saya kerana amat kurangnya ilmu tentang  isi kandungan Al-Qur'an dan pengertiannya.

Saya berasa musykil, dan tidak henti-henti berfikir tentang persoalan yang sedang berlegar di fikiran. Malah, serba salah. 

Membaca ayat-ayat Al-Qur'an dilaman sesawang. Saya telah di didik dari kecil bahawa jika ingin memengang atau membaca kitab suci Al-Qur'an, anda perlulah suci dan didalam keadaan wudhuk.

Adakah kita juga perlu berhadas dan berwudhuk jika ingin membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an di dalam laman sesawang? termasuk menutup aurat?

ATAU tidak perlu langsung berwudhuk, berhadas, menutup aurat??

sekian,
 

Salam. Terima kasih.
 

Ke senarai pengirim


#76:
From: joko_arifiyanto
To:
ebacaan@yahoo.com
Sent: Sun, November 21, 2010 11:45:07 AM
Subject: Ungkapan Terimakasih


Assalaamualaikum,

Saya bersyukur kepada Allah, saya bisa membaca artikel-artikel web anda yang mudah dicerna dan masuk akal dalam pola pikir saya, beberapa artikel yang telah saya baca sangat bermanfaat dan dapat dipahami dengan mudah, Al-Quran adalah sumber hukum utama islam.

Semoga artikel-artikel dalam halaman web ini dapat beri hidayah bagi yang lain yang membacanya juga, terimakasih.


Salam. Allah disanjung!


Ke senarai pengirim


#77:
From: Murzafar Shah
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, January 25, 2011 7:22:16 PM
Subject: Salamun Alaikum..

Dengan nama ALLAH yg menguasai langit dan bumi dan seluruh makhluk diantara keduanya.. Sy amat2 bersyukur kehadrat ALLAH.. akhirnya sy dpt jua bertemu dgn kekasih2 ALLAH.. org2 yang berhujah dengan hanya mengunakan wahyu ALLAH... dan sesungguh nya Al-Quran adalah mukjizat seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. dari artikel2 yang sy baca.. terlalu bnyk yg seperti dlm kotak fikiran sy.. sehinggakn sy takut utk melakukn sesuatu dgn akal sy tnpa pertunjuk Al-Quran dan hati yg mengharap pada ALLAH.. dan seperti yg saudara Alami ketika berhadapan dgn masyarakat.. Alhamdulillah.. sy juga telah melaluinya.. dan smua itu membuktikn ALLAH lah permerintah seklian alam.. kerana setiap sifat hamba2NYA ketika di terangkan kebesaran Al-Quran (pertunjuk/aturan/pembeda) kesemuanya telah diceritakanNYA kepada kita supaya lebih tenang utk berhadapan dgn org2 yg ingkar.. smua itu mningkatkn keyakinan sy pada ALLAH dan wahyuNYA.. harapan sy dpt berjumpa dan bersemuka dgn saudara2 skalian.. sy juga masih didalam proses utk menterjemahkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.. bertindak kerana ALLAH bkn kerana nafsu dan akal tnpa Al-Quran..

Harapan sy sudi kiranya saudara2 tinggalkan alamat atau no tel bimbit, Moga ALLAH mempertemukan kita utk memperkuatkan dlm perjuangan yg smmg nya perlu kita lakukn sesuai dgn janji2 kita seorg hamba kepada pencipta.. InsyaALLAH dgn izin dan kudratNYA kita pasti dipertemukan...

dan pertemuan sy dgn laman saudara pun adalah ketentuan dari ALLAH.. tiap saat.. sy berdoa memohon ALLAH beri bantuan kepada sy.. menemukan kan sy dgn kekasih2 ALLAH.. org2 yg berpegang kuat pada Al-Quran dan yakin ttg adanya hari pembalasan (akhirat)..

Salamun Alaikum..

Salamun alaikum! Terima kasih. Sama-samalah kita terus mengkaji kandungan Mesej-Nya. Diharap ada orang tampil ke muka untuk berhubung dengan saudara. Allah disanjung!

Ke senarai pengirim


#78:
From: Meng Kee
To:
ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, April 21, 2011 12:46 PM
Subject: Re: Ucapan Terima Kasih

Salamun Alaikum,

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan syukur kepada Allah kerana beri peluang untuk saya memahami agamanya.

Selama ini saya sering berasa kehidupan saya dalam kekeliruan. Malahan saya juga tidak memahami apakah tujuannya perlu saya bersolat? Akibatnya kadang kala saja saya solat, dan akhirnya saya berhenti solat. Bagaimanapun saya meneruskan saja kehidupan saya dengan menghindarkan diri dari lakukan perbuatan yang saya rasa tidak baik kepada diri saya sendiri.

Saya asalnya bersekolah agama, malahan selalu mengikut kursus2 agama. Sijil saya saja sudah berlembar tetapi saya sendiri semakin bingung. Mengapa saya berasa agama ini bukan sahaja tidak ada toleransi, malahan banyak permintaan yang kadang kala saya rasa tidak berpatutan dan keterlaluan.

Hati saya tidak dapat menerima, mustahil Allah mempunyai sifat yang berdendam dan pemarah serta tidak adil. Bagaimana pula dengan orang yang beragama selain Islam? Sedangkan hidup mereka jalankan dengan buat baik, saling membantu membantu dan menghormati dan sentiasa mengenang Tuhan masakan Allah melempar mereka begitu saja ke dalam neraka?

Semakin lama hati saya berkecamuk jadi saya hidup dengan cara saya sendiri. Akhirnya pada suatu hari saya diberi kesempatan dan dibuka hati untuk mengkaji agama Allah, mungkin bermula ketika saya berkenalan dengan seorang pemuda Mexico yang menyebabkan saya mula membaca tafsir Quran.

Dengan membaca Quran saya dapati sedikit demi sedikit terdapat percanggahan dengan pemahaman saya selama ini, bagaimanapun kerana saya tidak pandai bahasa Arab maka saya hanya dapat memahami melalui tafsir. Saya teruskan mencari, akhirnya saya berjumpa dengan laman ebacaan yang banyak membantu saya dalam pencarian.

Sesungguhnya saya kini memahami, Allah sentiasa mendengar dan membantu umat yang memohon dengan ikhlas kepada Nya dan mengingat Nya. Barulah saya sedari mengapa selama ini saya rasa sangat jauh dari Allah seolah-olah diabaikan, sebenarnya cara saya yang salah dan sayalah yang mengabaikan Allah dari kehidupan harian saya.

Apabila saya fikirkan saya berasa sedih dan sebak kerana Allah sentiasa mendengar. Sesungguhnya masih banyak yang saya tidak fahami dan ingin pelajari, dan dengan bantuan dari Allah saya akan terus mengkaji dan belajar kerana sesungguhnya saya masih tidak tahu apa-apa melainkan hanya sedikit ilmu.

Semoga Allah memberkati segala usaha pihak tuan dalam usaha kembalikan umat ke sisi Allah dan ajaranNya yang benar.

Saya Percaya.
 

Salamun alaikum! Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kita semua. Alhamdulillah atas pemberian-Nya kepada saudara. Maju terus maju!

Ke senarai pengirim

>Ke halaman seterusnya