Kaitan Mekah dengan ibadah Haji
Nama Mekah disebut di dalam sebuah ayat. Ayat-ayat yang menyusulinya pula didapati mengandungi beberapa peribadatan yang dilakukan dalam Haji, dan akhirnya nama Nabi Muhammad disebut. Ayat-ayat itu adalah seperti berikut:
“Dia yang tahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di perut MEKAH, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah lihat apa kamu buat. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. ....... Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, ........ Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." ......... Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka” (48:24-29).
Kemudian, bandingkan dengan ayat yang di bawah ini, iaitu ayat Haji, yang mengandungi beberapa peribadatan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat di atas:
"Sempurnakanlah HAJI dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga HAJI, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam HAJI, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya" (2:196).
Tambahan pula, Mekah pada hari ini adalah kawasan di mana terdapat tempat-tempat dilakukan peribadatan haji yang disebut di dalam al-Qur’an. Tempat-tempat itu berjumlah tujuh kesemuanya, seperti yang dicatat di bawah ini:
1. Arafah (2:198)
2. Safa dan Marwa (2:158)
3. Rumah - disebut Rumah, Rumah Suci, Rumah-Ku, dan Rumah Tua. (2:158, 5:2, 5:97, 22:26, 22:29, dan 22:33)
4. Kaabah (5:97)
5. Monumen Suci (Masy'aril Haram) (2:198)
6. Masjidil Haram (9:19 dan 48:27), dan
7. Medan ("makam") Ibrahim (2:125)