Kaitan antara bulan-bulan Haji dengan bulan-bulan Haram

 

untuk menjadi dalil bagi kaitan antara bulan-bulan Haji dengan bulan-bulan Haram, di sini dikumpulkan dan disenaraikan ayat-ayat al-Qur'an yang bertemakan dua perkara tersebut.

Ayat-ayat dikumpulkan dalam tiga kumpulan, iaitu

(a) ayat-ayat 2:189–197, 
(b) ayat-ayat 5:1-2, dan 
(c) ayat-ayat 9:1-5.

(a) Kumpulan 1: Ayat-ayat 2:189–197

2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

2:192. Tetapi, jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

2:195. Dan nafkahkanlah (belanjakanlah) di jalan Allah, dan janganlah lemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi buat baik; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang tetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh buat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang empunya minda.

 

(b) Kumpulan 2: Ayat-ayat 5:1–2

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya

 

(c) Kumpulan 3: Ayat-ayat 9:1–5

(menunjukkan juga bahawa bulan haram dan Haji itu berterusan selama empat bulan.)

9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian.

9:2. "Berpergianlah di bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah, dan sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang tidak percaya."

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:4. Kecuali orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian, kemudian mereka tidak kurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga sokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 
Balik ke rencana untuk meneruskan bacaan.