Kalimat mukmin di dalam al-Qur’an
Kalimat mukmin disebut sebanyak 230 kali di
dalam al-Qur’an. Satu daripadanya disebut sebagai nama Allah. Di dalam ayat itu
(59:28) diterjemahkan kepada "Setia".
Ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan mukmin adalah banyak. Maka senarainya di bahagi kepada dua bahagian.
Bahagian 1:
2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata,
"Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang
mukmin (yang percayai).
(perkataan "mukmin" yang pertama di dalam
al-Qur'an)
2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"
2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."
2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."
2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan
yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin
adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik
hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan
sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada
orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke
Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan ampunan, dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.
(hamba lebih baik untuk dikahwini)
2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."
2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.
2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan
kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap
seorang percaya kepada Allah, dan
malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak
beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami
dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu;
kepada Engkau kepulangan."
(tidak
beza-bezakan Rasul Allah)
3:28. Janganlah orang-orang mukmin ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa buat demikian, tiadalah kepunyaan Allah sesuatu, melainkan kamu ada yang ditakuti daripada mereka, Allah mengingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah kepulangan.
3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku (Nabi Isa) datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.
3:110. Kamu adalah umat terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
3:121. Apabila kamu berangkat pada pagi hari daripada keluarga kamu untuk menempatkan orang-orang mukmin di tempat-tempat untuk berperang - Allah Mendengar, Mengetahui.
3:122. Apabila dua golongan daripada kamu bermaksud untuk berkecut hati walaupun Allah Wali mereka - dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).
3:124. Ketika kamu kata kepada orang-orang mukmin, "Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan kepada kamu?
3:139. Jangan lemah, dan jangan sedih; kamu akan jadi yang lebih tinggi, jika kamu orang-orang mukmin.
3:152. Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan mengingkari, setelah Dia perlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. Antara kamu ada yang hendak dunia, dan antara kamu ada yang hendak akhirat. Kemudian Dia palingkan kamu daripada mereka, supaya Dia uji kamu; dan sesungguhnya Dia maafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin (yang percayai).
3:160. Jika Allah tolong kamu, tiada yang dapat kalahkan kamu, dan jika Dia abaikan kamu, maka siapakah pula yang dapat tolong kamu sesudah-Nya? Maka kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan).
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan ucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
3:166. Dan apa yang menimpa kamu pada hari dua kumpulan bertemu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia tahu orang-orang mukmin.
3:171. Mereka gembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang mukmin.
3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.
3:179. Allah tidak tinggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga Dia pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak akan beritahu kamu yang ghaib; tetapi Allah pilih daripada Rasul-Rasul-Nya siapa Dia hendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan jika kamu percayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.
4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah kata kepada orang yang lemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana cari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat
4:95. Orang-orang mukmin yang duduk di rumah, kecuali mereka ada kecederaan, adalah tidak sama dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa mereka. Allah lebihkan dalam darjat orang-orang yang berjuang dengan harta benda mereka dan jiwa mereka di atas orang-orang yang duduk di rumah; namun begitu, masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah lebihkan orang-orang yang berjuang di atas orang-orang yang duduk di rumah, dengan upah yang besar,
4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:115. Tetapi sesiapa melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas baginya, dan ikut jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami palingkan dia kepada apa yang dia kuasai, dan Kami pasti akan panggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:139. Orang-orang yang ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin, adakah mereka cari kemuliaan di sisi mereka? Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.
4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, "Bukankah kami berserta kamu?" tetapi jika orang-orang tidak percaya dapat sebahagian, mereka berkata, "Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah kami pertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?" Allah akan hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan adakan bagi orang-orang tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.
4:144. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu hendak beri Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti akan beri upah yang besar.
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia tahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
5:23. Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah rahmati, "Masuklah temui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu masuk, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan tawakallah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin."
5:43. Dan bagaimanakah mereka angkat kamu jadi hakim sedang mereka ada Taurat, yang di dalamnya terdapat hukum Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka bukanlah orang-orang mukmin.
5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
5:57. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.
5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin."
6:27. Jika kamu dapat lihat ketika mereka
diberhentikan di hadapan Api, dan mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami dapat
dikembalikan, dan kami tidak dustakan ayat-ayat Pemelihara kami supaya kami
jadi
antara orang-orang mukmin."
(tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan)
6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.
7:2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang percayai).
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).
7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:132. Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat yang kamu datangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang percayai) kepada kamu."
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
8:1. Mereka tanya kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, "Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin."
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang,
apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya
dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada
Pemelihara mereka, mereka tawakal,
(sifat orang mukmin)
8:4. Mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan ampunan, dan rezeki yang mulia.
8:5. Semasa Pemelihara kamu keluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan segolongan orang-orang mukmin membencinya,
8:17. Kamu tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:19. Jika kamu minta kemenangan, kemenangan telah datang kepada kamu; dan jika kamu berhenti, ia adalah lebih baik bagi kamu. Tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali, dan golongan kamu tidak akan berguna bagi kamu sedikit pun, walaupun ia ramai; dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang mukmin.
8:62. Dan jika mereka hendak menipu kamu, maka cukuplah Allah bagi kamu; Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan dengan orang-orang mukmin.
8:64. Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang ikut kamu.
8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
8:74. Dan orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.
9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.
9:13. Tidakkah kamu akan perangi kaum yang mungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir Rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan azab mereka di tangan kamu, dan aibkan mereka, dan Dia akan tolong kamu terhadap mereka, dan datangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.
9:16. Adakah kamu sangka kamu akan dibiarkan sedang Allah belum tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak ambil - selain daripada Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin - sebagai sahabat karib? Allah sedar apa kamu buat.
9:26. Kemudian Allah turunkan kepada Rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia turunkan tentera yang kamu tidak lihat, dan Dia azab orang-orang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin tawakal."
9:61. Dan sebahagian daripada mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."
9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan
orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu
sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan
solat, dan
memberi
zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka
itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa,
Bijaksana.
(lelaki perempuan sahabat)
9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka olok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."
9:107. Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah menyaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
9:128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada diri-diri kamu sendiri; terasa berat baginya apa yang kamu terderitakan; dia sangat inginkan terhadap kamu, lembut terhadap orang-orang mukmin, pengasih.
10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.
10:78. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk palingkan kami daripada apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua? Kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu berdua."
10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."
10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang percayai)?
10:103. Kemudian Kami selamatkan Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya; seperti itulah kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang mukmin.
10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.
11:86. Sisa Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin. Dan aku bukanlah penjaga kepada kamu."
11:120. Dan semua itu Kami ceritakan kepada kamu daripada berita Rasul-Rasul; dengannya Kami teguhkan hati kamu; dalam ini telah datang kepada kamu yang benar, dan satu teguran dan peringatan, bagi orang-orang mukmin.
12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."
12:103. Walaupun kamu sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai).
14:11. Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiadalah bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan."
15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin (yang percayai).
15:88. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.
16:97. Dan sesiapa yang buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.
17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,
17:19. Dan sesiapa yang hendak akhirat, dan berusaha untuknya dengan usahanya yang sebenar, sedang dia seorang mukmin - mereka itu, usaha mereka disyukuri.
17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an,
satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi
orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
Ke
Mukmin
(2)