Surah
113
YANG MEMBELAHKAN (pada waktu
dinihari)
(5
ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
113:1. Katakanlah, "Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari),
113:2. Daripada kejahatan apa yang Dia cipta,
113:3. Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap,
113:4. Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan,
113:5. Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki."