Surah
96
DADIH
DARAH
(19 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,
96:2. Dia cipta manusia daripada dadih darah.
96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,
96:4. Yang mengajar dengan pena,
96:5. Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu.
96:6. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya manusia melampaui batas,
96:7. Kerana dia memandang dia serba cukup.
96:8. Sesungguhnya kepada Pemelihara kamu Pengembalian.
96:9. Apa pendapat kamu? Orang yang melarang,
96:10. Seorang hamba apabila dia menyembah.
96:11. Apa pendapat kamu? Jika dia di atas petunjuk,
96:12. Atau menyuruh supaya bertakwa.
96:13. Apa pendapat kamu? Jika dia mendustakan, dan berpaling.
96:14. Tidakkah dia tahu bahawa Allah melihat?
96:15. Tidak sekali-kali! Sungguh, jika dia tidak berhenti, Kami akan heret dia daripada ubun-ubun,
96:16. Ubun-ubun yang berdusta, bersalah.
96:17. Maka hendaklah dia seru majlisnya!
96:18. Kami akan seru Zabaniyah.
96:19. Tidak sekali-kali! Janganlah kamu taatinya, dan sujudlah, dan dekatkanlah.