Surah 89
FAJAR
(30 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
89:1. Demi fajar,
89:2. Dan sepuluh malam,
89:3. Demi yang genap dan yang ganjil,
89:4. Demi malam apabila ia berpergian!
89:5. Adakah pada itu satu sumpah bagi orang yang mengambil berat?
89:6. Tidakkah kamu lihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Ad,
89:7. Iram dengan tiang-tiang tinggi,
89:8. Yang serupa dengan apa yang belum pernah dicipta di negeri-negeri,
89:9. Dan Tsamud, yang menebuk batu-batu di lembah,
89:10. Dan Firaun, yang pasak-pasak khemah,
89:11. Yang semuanya melampaui batas di negeri-negeri,
89:12. Dan memperbanyakkan kerosakan di dalamnya?
89:13. Pemelihara kamu mencurahkan kepada mereka satu penyebat azab,
89:14. Sesungguhnya Pemelihara kamu selamanya mengawasi.
89:15. Adapun manusia, apabila Pemeliharanya mengujinya, dan muliakannya, dan rahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku muliakan aku."
89:16. Tetapi apabila Dia mengujinya, dan sempitkan rezekinya baginya, maka dia berkata, "Pemeliharaku hina aku."
89:17. Tidak sekali-kali! Tetapi kamu tidak muliakan anak yatim,
89:18. Dan kamu tidak menggesa memberi makan orang miskin,
89:19. Dan kamu memakan pesaka dengan loba,
89:20. Dan kamu cintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.
89:21. Tidak sekali-kali! Apabila bumi dihancurkan, sehancur-hancurnya,
89:22. Dan Pemelihara kamu datang, dan malaikat-malaikat, barisan atas barisan,
89:23. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia mengingati; dan bagaimanakah peringatan baginya?
89:24. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku telah dahulukan untuk kehidupanku!"
89:25. Pada hari itu, tiada seseorang yang mengazab seperti azab-Nya,
89:26. Tiada seseorang yang mengikat seperti ikatan-Nya.
89:27. "Wahai jiwa yang tenteram,
89:28. Kembalilah kepada Pemelihara kamu, dengan sangat berpuas hati, sangat memuaskan hati!
89:29. Masuklah kamu di kalangan hamba-hamba-Ku!
89:30. Masuklah kamu Taman-Ku!"