Surah 85
GUGUSAN BINTANG

(22 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

85:1. Demi langit mempunyai gugusan bintang,

85:2. Demi hari yang dijanjikan,

85:3. Demi yang menyaksikan, dan yang disaksikan,

85:4. Dibunuh ialah Orang-Orang Lubang,

85:5. Api yang berlimpah-limpah dengan bahan bakar,

85:6. Apabila mereka duduk di atasnya,

85:7. Dan mereka sendiri saksi-saksi atas apa mereka buat terhadap orang-orang mukmin.

85:8. Mereka mendendami mereka hanya kerana mereka percayai Allah, Yang Perkasa, Yang Terpuji,

85:9. Yang kepunyaan-Nya Kerajaan langit dan bumi, dan Allah Saksi atas segala sesuatu.

85:10. Orang-orang yang aniayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

85:11. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; itulah kemenangan yang besar.

85:12. Sesungguhnya serangan Pemelihara kamu keras.

85:13. Sesungguhnya Dialah yang memulakan, dan mengulangkan,

85:14. Dan Dia Yang Pengampun, Yang Penyayang,

85:15. Yang mempunyai Arasy, Yang Cemerlang,

85:16. Yang melakukan apa yang Dia hendaki.

85:17. Sudahkah datang kepada kamu hadis tentera-tentera,

85:18. Firaun, dan Tsamud?

85:19. Tidak, tetapi orang-orang tidak percaya adalah dalam kedustaan,

85:20. Dan Allah di belakang mereka, meliputi.

85:21. Tidak, tetapi ia sebuah al-Qur'an yang cemerlang,

85:22. Pada papan yang dijaga.

Daftar Surah