Surah 76
MANUSIA
(31 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?
76:2. Kami cipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami buatkan dia mendengar, melihat.
76:3. Sesungguhnya Kami memberinya petunjuk pada jalan, sama ada dia berterima kasih, atau tidak berterima kasih (kafir).
76:4. Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan belenggu-belenggu, dan yang Menyala.
76:5. Sesungguhnya orang-orang yang taat akan minum daripada sebuah piala yang campurannya kamfor,
76:6. Sebuah mata air, yang meminumnya hamba-hamba Allah, dengan memancarkannya berlimpah-limpah.
76:7. Mereka tepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana.
76:8. Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan,
76:9. “Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak hendak balasan daripada kamu, dan tidak juga kesyukuran,
76:10. Kerana kami takut, daripada Pemelihara kami, akan suatu hari yang muram, mendatangkan kecelakaan.”
76:11. Maka Allah lindung mereka daripada kejahatan hari itu, dan dapatkan untuk mereka cahaya dan kegembiraan,
76:12. Dan balas mereka kerana mereka sabar dengan sebuah Taman, dan sutera,
76:13. Di dalamnya mereka bersandar di atas sofa; di dalamnya mereka tidak lihat matahari, dan tidak juga kedinginan yang sangat.
76:14. Dekat mereka tempat teduhnya, dan tandan-tandannya direndahkan serendah-rendahnya,
76:15. Dan dikelilingkan kepada mereka bejana-bejana perak, dan piala-piala kristal,
76:16. Kristal daripada perak yang mereka ukur dengan suatu ukuran.
76:17. Dan di dalamnya mereka diberi minum dengan sebuah piala yang campurannya halia,
76:18. Di dalamnya sebuah mata air yang dinamakan Salsabil.
76:19. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka; apabila kamu lihat mereka, kamu sangka mereka mutiara-mutiara yang bertaburan,
76:20. Apabila kamu lihat mereka, kamu lihat kebahagiaan dan kerajaan yang besar.
76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka beri mereka minum dengan minuman yang bersih.
76:22. “Sesungguhnya inilah balasan untuk kamu, dan usaha kamu disyukuri.”
76:23. Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan,
76:24. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.
76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,
76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.
76:27. Sesungguhnya mereka ini mencintai yang cepat (dunia), dan tinggalkan di belakang mereka satu hari yang berat.
76:28. Kami cipta mereka, dan Kami kuatkan persendian mereka; dan apabila Kami hendaki, Kami tukar dengan yang serupa mereka, dengan pertukaran.
76:29. Sesungguhnya ini Peringatan; maka sesiapa yang hendak, akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.
76:30. Tetapi kamu tidak hendaki kecuali Allah hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
76:31. Dia masukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa Dia hendaki; dan orang-orang zalim, Dia sediakan bagi mereka azab yang pedih.