Surah 75
HARI
KIAMAT
(40 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
75:1. Tidak! Aku bersumpah dengan Hari Kiamat.
75:2. Tidak! Aku bersumpah dengan jiwa yang mencela.
75:3. Apa, adakah manusia sangka Kami tidak akan kumpulkan tulang-tulangnya?
75:4. Ia, Kami berkuasa untuk membentukkan semula jari-jarinya.
75:5. Tidak, tetapi manusia hendak buat jahat di hadapannya,
75:6. Dengan menanyai, “Bilakah Hari Kiamat?”
75:7. Tetapi apabila pandangan jadi keliru,
75:8. Dan bulan digerhanakan (ditelan),
75:9. Dan matahari dan bulan dikumpulkan bersama,
75:10. Pada hari itu, manusia berkata, “Ke mana hendak lari?”
75:11. Tidak sekali-kali! Tidak ada tempat berlindung.
75:12. Pada hari itu, tempat menginap adalah kepada Pemelihara kamu.
75:13. Pada hari itu, manusia diberitahu apa yang dia dahulukan, dan yang dia tangguhkan.
75:14. Tidak, manusia jadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,
75:15. Walaupun dia lemparkan alasan-alasannya.
75:16. Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya,
75:17. Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya.
75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.
75:19. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.
75:20. Tidak sekali-kali! Tetapi kamu cintai yang cepat (dunia),
75:21. Dan tinggalkan akhirat.
75:22. Pada hari itu, muka-muka berseri-seri,
75:23. Memandangi Pemelihara mereka,
75:24. Dan pada hari itu, muka-muka masam,
75:25. Kamu sangka kecelakaan akan diperbuatkan kepada mereka.
75:26. Tidak sekali-kali! Apabila ia sampai di tulang-tulang selangka,
75:27. Dan dikatakan, “Siapakah dia penjampi?”
75:28. Dan dia sangka ia adalah perpisahan,
75:29. Dan betis bertaut dengan betis,
75:30. Pada hari itu, kepada Pemelihara kamu penghalauannya.
75:31. Kerana dia tidak mengesahkan, dan tidak menyembah,
75:32. Tetapi dia dustakannya, dan dia berpaling,
75:33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
75:34. Lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat,
75:35. Kemudian lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat!
75:36. Apa, adakah manusia sangka dia akan dibiarkan berjalan-jalan sewenang-wenangnya?
75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?
75:38. Kemudian dia setitik dadih darah, dan Dia ciptakan, dan Dia membentukkan,
75:39. Dan Dia buatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.
75:40. Apa, tidakkah Dia berkuasa untuk menghidupkan yang mati?