Surah 72
JIN
(28 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,

72:2. Ia beri petunjuk pada yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan sekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.

72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami! - tidak ambil kepada-Nya sama ada isteri atau anak.

72:4. Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,

72:5. Dan kami sangka manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.

72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,

72:7. Dan mereka sangka, sebagaimana kamu sangka, bahawa Allah tidak akan bangkitkan sesiapa.

72:8. Dan kami menjulur ke langit, tetapi kami dapati ia dipenuhi dengan penjaga-penjaga yang keras, dan tahi-tahi bintang.

72:9. Kami telah duduk di sana di tempat-tempat duduk untuk mendengar; tetapi sesiapa yang mendengarkan sekarang akan dapati tahi bintang yang menunggunya.

72:10. Maka kami tidak tahu sama ada kejahatan dihendaki bagi orang-orang yang di bumi, atau sama ada Pemelihara mereka hendak kelurusan bagi mereka.

72:11. Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.

72:12. Sesungguhnya kami sangka kami tidak dapat kandaskan Allah di bumi, dan tidak juga mengandaskan-Nya dengan melarikan diri.

72:13. Apabila kami dengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang percayai Pemeliharanya, dia tidak takut akan pengurangan, dan tidak juga kekejian.

72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati,

72:15. Tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka jadi kayu api untuk Jahanam!”

72:16. Sekiranya mereka lurus (tegak) di atas jalan (tarekat), tentu Kami beri mereka minum daripada air yang melimpah,

72:17. Supaya Kami uji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.

72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.

72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.

72:20. Katakanlah, “Aku hanya seru Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan dengan-Nya sesiapa.”

72:21. Katakanlah, “Sesungguhnya aku tidak miliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk mudarat atau untuk kelurusan.”

72:22. Katakanlah, “Daripada Allah, yang melindungi aku tiada sesiapa, dan aku dapati, selain daripada-Nya, tiada perlindungan,

72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.”

72:24. Sehingga, apabila mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, maka mereka tahu siapa yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan lebih sedikit bilangannya.

72:25. Katakanlah, “Aku tidak tahu sama ada apa yang kamu dijanjikan dekat, atau sama ada Pemeliharaku buatkan untuknya satu tempoh yang panjang.

72:26. Yang Tahu yang ghaib, dan Dia tidak beritahu yang ghaib-Nya kepada sesiapa,

72:27. Melainkan hanya kepada Rasul yang Dia relai dengannya; kemudian Dia susupkan di hadapannya dan di belakangnya pengawas-pengawas,

72:28. Supaya Dia tahu bahawa mereka telah sampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia jumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.

Daftar Surah