Surah 71
NUH
(28 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

71:1. Kami utus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

71:3. ‘Hendaklah kamu sembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,

71:4. Dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu tahu.”

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah seru kaumku malam dan siang,

71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.

71:7. Dan setiap kali aku seru mereka supaya Engkau ampunkan mereka, mereka letak jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombong, sesombong-sombongnya.

71:8. Kemudian sesungguhnya, aku seru mereka dengan terang-terang,

71:9. Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia,

71:10. Dan aku kata, ‘Mintalah ampun kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dia adalah Pengampun, 

71:11. Dia akan utus langit kepada kamu dengan hujan lebat,

71:12. Dan bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan buatkan untuk kamu kebun-kebun, dan buatkan untuk kamu sungai-sungai.

71:13. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mengharapkan keagungan pada Allah, 

71:14. Memandangkan Dia cipta kamu berperingkat? 

71:15. Tidakkah kamu renungkan bagaimana Allah cipta tujuh langit berlapis-lapis, 

71:16. Dan buatkan bulan padanya untuk cahaya, dan buatkan matahari untuk lampu?

71:17. Dan Allah tumbuhkan kamu daripada bumi dengan penumbuhan,

71:18. Kemudian Dia kembalikan kamu ke dalamnya, dan keluarkan kamu dengan pengeluaran. 

71:19. Dan Allah letak bumi untuk kamu sebagai hamparan, 

71:20. Supaya padanya kamu menyeliti jalan-jalan, jurang-jurang.’”

71:21. Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, mereka menentang aku, dan ikut orang yang hartanya dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya kecuali dalam kerugian,

71:22. Dan buat tipu daya dengan tipu daya yang besar, 

71:23. Dan mereka berkata, ‘Janganlah tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan tinggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’

71:24. Dan mereka telah sesatkan ramai. Janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim kecuali dalam kesesatan!”

71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak dapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.

71:26. Dan Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan di atas bumi orang-orang tidak percaya, walaupun seorang.

71:27. Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

Daftar Surah