Surah 70
TANGGA-TANGGA NAIK

(44 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

70:1. Seorang penanya tanya mengenai azab yang akan jatuh,

70:2. Untuk orang-orang tidak percaya, di mana tiada sesiapa pun yang menghindarkan,

70:3. Daripada Allah, yang mempunyai tangga-tangga naik.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun.

70:5. Maka sabarlah kamu dengan kesabaran yang manis.

70:6. Sesungguhnya mereka melihatnya seperti ia jauh,

70:7. Tetapi Kami melihatnya dekat.

70:8. Pada hari apabila langit jadi seperti leburan tembaga merah,

70:9. Dan gunung-gunung jadi seperti bulu berjumbai,

70:10. Tiada sahabat setia menanyai sahabat setia,

70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa inginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya, 

70:12. Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya,

70:13. Dan keluarganya yang melindunginya,

70:14. Dan sesiapa yang di bumi, kesemuanya, untuk selamatkannya.

70:15. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya ia sebuah relau,

70:16. Meregutkan kulit kepala, 

70:17. Ia menyeru orang yang membelakang dan berpaling, 

70:18. Yang menghimpunkan dan menyorokkan.

70:19. Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah,

70:20. Apabila kejahatan sentuh dia, dia tidak sabar,

70:21. Apabila kebaikan sentuh dia, dia iri hati,

70:22. Kecuali orang-orang yang menyembah,

70:23. Dan meneruskan solat mereka,

70:24. Orang-orang yang pada harta mereka ada hak yang diketahui,

70:25. Untuk orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat,

70:26. Yang mengesahkan Hari Agama (Pengadilan),

70:27. Dan takut akan azab Pemelihara mereka.

70:28. Terhadap azab Pemelihara mereka, tiada sesiapa yang berasa aman.

70:29. dan jaga kemaluan mereka,

70:30. Kecuali daripada isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, maka mereka tidak tercela,

70:31. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, merekalah orang-orang yang derhaka,

70:32. Dan yang mengawasi amanat mereka, dan perjanjian mereka,

70:33. Dan yang menegakkan kesaksian mereka,

70:34. Dan yang menjaga solat mereka.

70:35. Mereka itu di dalam Taman, amat dimuliakan.

70:36. Mengapakah dengan orang-orang tidak percaya, berlari dengan menjulurkan leher ke arah kamu,

70:37. Di kanan dan di kiri berkelompok-kelompok?

70:38. Apa, adakah setiap lelaki daripada mereka inginkan supaya dimasukkan ke sebuah Taman Kebahagiaan? 

70:39. Sekali-kali tidak; kerana Kami cipta mereka daripada apa yang mereka tahu.

70:40. Tidak! Aku bersumpah dengan Pemelihara Timur-Timur dan Barat-Barat, sesungguhnya Kami berkuasa,

70:41. untuk menukarkan dengan yang lebih baik daripada mereka; Kami tidak didahului.

70:42. Maka tinggalkanlah mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka yang mereka dijanjikan,

70:43. Pada hari mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka bersegera kepada berhala-berhala mereka,

70:44. Merendahkan pandangan mereka, kehinaan menutupi mereka. Itu hari yang mereka dijanjikan.

Daftar Surah