Surah 67
KERAJAAN

(30 ayat) 

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

67:1. Berkatnya Dia yang di tangan-Nya Kerajaan - Dia berkuasa atas segala sesuatu,

67:2. yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia uji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,

67:3. yang mencipta tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak lihat pada ciptaan Yang Pemurah sebarang ketidaksempurnaan. Kembalikanlah pandangan kamu; adakah kamu lihat sebarang rekahan?

67:4. Kemudian kembalikan pandangan kamu lagi, dan lagi, dan pandangan kamu kembali kepada kamu kebingungan, keletihan.

67:5. Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab yang Menyala.

67:6. Dan bagi orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka ialah azab Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

67:7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengarnya mengeluh, sedang ia mendidih,

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”

67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak jadi penghuni-penghuni Menyala.”

67:11. Lalu mereka mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Celakalah penghuni-penghuni Menyala!

67:12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka yang dalam keadaan ghaib, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.

67:13. Rahsiakanlah ucapan kamu, atau umumkanlah ia, Dia tahu apa yang di dalam dada.

67:14. Tidakkah Dia tahu apa yang Dia cipta? Dia Yang Halus, Yang Menyedari.

67:15. Dia yang buatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.

67:16. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan buat bumi telan kamu sedang ia bergoncang?

67:17. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan tahu bagaimanakah dengan amaran-Ku?

67:18. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan; maka bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

67:19. Tidakkah mereka renungkan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka kecuali Yang Pemurah. Sesungguhnya Dia lihat segala sesuatu.

67:20. Atau, siapakah ini, dia yang akan jadi tentera bagi kamu untuk menolong kamu, selain daripada Yang Pemurah? Orang-orang tidak percaya hanyalah dalam keadaan tertipu.

67:21. Atau, siapakah ini, yang akan beri rezeki untuk kamu jika Dia menahan rezeki-Nya? Tidak, tetapi mereka berterusan dalam penghinaan dan pelarian.

67:22. Apa, adakah orang yang berjalan terlungkup di atas mukanya (wajahnya) lebih dapat petunjuk daripada orang yang berjalan tegak di atas jalan lurus?

67:23. Katakanlah, “Dia yang tumbuhkan kamu, dan buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit syukur (terima kasih) kamu tunjukkan!”

67:24. Katakanlah, “Dia yang kembangbiakkan kamu di bumi, dan kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.”

67:25. Mereka berkata, “Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?”

67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanyalah di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.” 

67:27. Kemudian, apabila mereka melihatnya dekat, boleh dicapai, muka-muka orang-orang tidak percaya jadi dukacita, dan dikatakan, “Inilah apa yang kamu minta!”

67:28. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika Allah musnahkan aku dan orang-orang yang bersamaku, atau mengasihani kami? Maka siapakah yang melindungi orang-orang tidak percaya daripada azab yang pedih?”

67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami tawakal (mempercayakan). Kamu pasti akan tahu siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu resap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang akan datangkan kepada kamu air yang mengalir?”

Daftar Surah