Surah 64
TIPU MENIPU

(18 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

64:1. Segala di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

64:2. Dia yang cipta kamu. Seorang daripada kamu tidak percaya, dan seorang daripada kamu mukmin; dan Allah lihat apa kamu buat.

64:3. Dia cipta langit dan bumi dengan yang benar, dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik; dan kepada-Nya kepulangan.

64:4. Dia tahu apa yang di langit dan bumi, dan Dia tahu apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu siarkan. Allah tahu apa yang di dalam dada.

64:5. Apakah tidak datang kepada kamu berita orang-orang tidak percaya dahulu, kemudian merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih?

64:6. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan kemudian mereka berkata, “Apa, adakah manusia yang beri petunjuk kepada kami?” Oleh kerana itu mereka tidak percaya, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Kaya, Terpuji.

64:7. Orang-orang tidak percaya mendakwa bahawa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah, “Ia, demi Pemeliharaku! Kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu diberitahu apa kamu buat. Itu bagi Allah mudah.”

64:8. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan Cahaya yang Kami turunkan. Dan Allah sedar apa kamu buat.

64:9. Pada hari Dia kumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

64:10. Dan orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat kami, mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya - satu kepulangan yang buruk!

64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa percayai Allah, Dia akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah tahu segala sesuatu.

64:12. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanyalah atas Rasul Kami untuk sampaikan yang jelas.

64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk diri-diri kamu. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

64:17. Jika kamu pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, Dia akan gandakannya untuk kamu, dan ampunkan kamu, Allah Berterima Kasih, Penyantun,

64:18. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

Daftar Surah