Surah 63
ORANG-ORANG MUNAFIK

(11 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

63:2. Mereka ambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka halangi jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa mereka buat.

63:3. Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham.

63:4. Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!

63:5. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah, dan Rasul Allah akan minta ampun untuk kamu”, mereka memaling-malingkan kepala mereka, dan kamu lihat mereka memusingkan muka-muka mereka, dengan sombong.

63:6. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu minta ampun untuk mereka, atau kamu tidak minta ampun untuk mereka; Allah tidak akan ampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.

63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu nafkahkan kepada mereka yang dengan Rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak faham.

63:8. Mereka berkata, “Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang perkasa daripadanya akan usir orang-orang yang lebih hina”; namun begitu, kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi Rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.

63:9. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada Peringatan Allah; sesiapa yang buat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”

63:11. Tetapi Allah tidak akan tangguhkan mana-mana jiwa apabila tempohnya datang. Dan Allah sedar apa kamu buat.

Daftar Surah