Surah 53
BINTANG
(62 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
53:1. Demi bintang apabila ia menjunam,
53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah,
53:3. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya.
53:4. Ini tidak lain hanya satu wahyu yang diwahyukan,
53:5. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,
53:6. Sangat kuat; dia tegak mengambang,
53:7. Di horizon yang tinggi,
53:8. Kemudian mendekati dan turun,
53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,
53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia wahyukan.
53:11. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat.
53:12. Apa, adakah kamu meragui atas apa yang dia lihat?
53:13. Sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi,
53:14. Di sisi pohon bidara berbatasan,
53:15. Di sisinya taman (jannah) untuk menginap,
53:16. Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara,
53:17. Penglihatannya tidak menyimpang, dan tidak juga melampaui batas.
53:18. Sesungguhnya dia telah lihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar.
53:19. Adakah kamu fikirkan al-Lat, dan al-Uzza?
53:20. Dan Manat yang ketiga, yang lain?
53:21. Apa, adakah bagi kamu lelaki, dan bagi-Nya perempuan?
53:22. Itu, jika demikian, adalah satu pembahagian yang tidak adil.
53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Mereka ikut hanya sangkaan, dan apa yang jiwa inginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.
53:24. Atau, dapatkah manusia apa yang dia khayalkan?
53:25. Dan kepunyaan Allah Yang Pertama dan Yang Akhir.
53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah mengizinkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia puas hati.
53:27. Orang-orang tidak percayai akhirat namakan malaikat-malaikat dengan nama-nama perempuan.
53:28. Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; mereka ikut hanya sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap kebenaran.
53:29. Maka berpalinglah kamu daripada orang yang berpaling daripada Peringatan Kami, dan hendak hanya kehidupan dunia.
53:30. Itu pencapaian mereka dalam pengetahuan. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
53:31. Kepunyaan Allah segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, supaya Dia balas orang-orang yang buat jahat kerana apa yang mereka kerjakan, dan balas orang-orang buat baik dengan yang paling baik.
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.
53:33. Adakah kamu fikirkan dia yang berpaling?
53:34. Dan beri sedikit, dan kemudian tidak merelakan?
53:35. Adakah dia mempunyai pengetahuan yang ghaib, lalu dia melihat?
53:36. Atau, tidakkah dia diberitahu daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan Musa,
53:37. Dan Ibrahim, dia yang membayar sepenuhnya?
53:38. Bahawa orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain,
53:39. Dan bahawa tiadalah bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan,
53:40. Dan bahawa usahanya, sungguh akan dilihat,
53:41. Kemudian diberi balasan kepadanya dengan balasan sepenuhnya,
53:42. Dan bahawa kesudahan adalah kepada Pemelihara kamu,
53:43. Dan bahawa Dialah yang jadikan ketawa, dan jadikan menangis,
53:44. Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan yang menghidupkan
53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,
53:46. Daripada setitis mani, apabila ia ditumpahkan,
53:47. Dan bahawa atas-Nya pertumbuhan yang kedua,
53:48. Dan bahawa Dialah yang beri kekayaan dan yang mencukupkan,
53:49. Dan bahawa Dialah Pemelihara Sirius,
53:50. Dan bahawa Dialah yang musnahkan Ad yang dahulu,
53:51. Dan Tsamud, Dia tidak tinggalkan mereka,
53:52. Dan kaum Nuh sebelum itu - sesungguhnya mereka lebih zalim, dan melampaui batas,
53:53. Dan negeri yang musnah, Dia menjatuhkannya juga,
53:54. Lalu menutupinya dengan yang menutupi.
53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?
53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.
53:57. Yang Dekat sudah dekat,
53:58. Selain daripada Allah, tiada yang menyingkapkannya.
53:59. Maka adakah kamu berasa hairan dengan hadis ini,
53:60. Dan kamu ketawa, dan kamu tidak menangis,
53:61. Sedang kamu keseronokan?
53:62. Maka kamu sujudlah kepada Allah, dan sembahlah!