Surah 52
GUNUNG
(49 ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

52:1. Demi Gunung,

52:2. Dan sebuah Kitab yang tertulis,

52:3. Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka,

52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan,

52:5. Dan bumbung yang dinaikkan,

52:6. Dan laut yang melimpah,

52:7. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu hampir terjadi,

52:8. Tidak ada yang menghindarnya.

52:9. Pada hari langit bergoncang, bergoncang-goncang,

52:10. Dan apabila gunung-gunung berjalan, berjalan-jalan,

52:11. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan,

52:12. Orang-orang yang bermain-main dalam penerjunan,

52:13. Pada hari mereka ditolak kepada api Jahanam, ditolak dengan sungguh-sungguh,

52:14. "Inilah ia api yang kamu padanya kamu dustakan!

52:15. Apa, adakah ini sihir, atau adakah kamu yang tidak lihat?

52:16. Pangganglah di dalamnya! Dan sabarlah kamu, atau tidak sabar, sama sahaja bagi kamu; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat."

52:17. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman, dan kebahagiaan,

52:18. Gembira dengan apa yang Pemelihara mereka beri mereka, dan Pemelihara mereka lindung mereka daripada azab Jahim.

52:19. "Makan dan minumlah, dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat."

52:20. Mereka bersandar di atas sofa-sofa yang berderet dalam barisan-barisan, dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar.

52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang ikut mereka dalam keimanan, Kami akan hubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak kurangkan mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia usahakan.

52:22. Dan Kami bantu mereka dengan buah-buahan, dan daging, seperti yang mereka inginkan,

52:23. Sedang mereka mengedarkan sebuah piala kepada satu sama lain, di dalamnya tidak ada percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

52:24. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda, kepunyaan mereka, seakan-akan mereka mutiara-mutiara yang tersembunyi.

52:25. Mereka mendekati, sebahagian dengan sebahagian yang lain, mereka saling bertanya.

52:26. Mereka berkata, "Kami dahulu, di kalangan keluarga kami, selamanya ketakutan,

52:27. Dan Allah berbudi baik kepada kami, dan lindung kami daripada azab angin yang membakar.

52:28. Kami dahulu berseru kepada-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Buat Kebaikan, Yang Pengasih."

52:29. Maka ingatkanlah! Dengan rahmat Pemelihara kamu, kamu bukanlah seorang tukang tilik, dan bukan juga seorang yang dirasuk.

52:30. Atau, adakah mereka berkata, "Seorang penyair yang untuknya kita menunggu nasib yang ragu-ragu (tidak pasti)"?

52:31. Katakanlah, "Tunggulah! Aku menunggu bersama kamu."

52:32. Atau, adakah intelek mereka yang menyuruh mereka buat yang ini? Atau, adakah mereka kaum yang melampaui batas?

52:33. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, tetapi mereka tidak percayai.

52:34. Kemudian hendaklah mereka datangkan satu hadis yang serupa dengannya, jika mereka berkata benar.

52:35. Atau, adakah mereka dicipta daripada sesuatu yang tiada? Atau, adakah mereka pencipta-pencipta?

52:36. Atau, adakah mereka yang cipta langit dan bumi? Tidak, tetapi mereka tidak yakin.

52:37. Atau, adakah perbendaharaan Pemelihara kamu dalam jagaan mereka? Atau, adakah mereka pendaftar-pendaftar?

52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka dengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang dengar datangkan satu kuasa yang nyata.

52:39. Atau, adakah bagi-Nya anak-anak perempuan, dan bagi kamu anak-anak lelaki?

52:40. Atau, adakah kamu minta kepada mereka upah, lalu mereka diberatkan dengan hutang?

52:41. Atau, adakah yang ghaib di sisi mereka, lalu mereka menulisnya?

52:42. Atau, adakah mereka hendak tipu muslihat? Orang-orang tidak percaya, merekalah orang-orang yang kena tipu muslihat.

52:43. Atau, adakah bagi mereka satu tuhan, selain daripada Allah? Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!

52:44. Sekalipun mereka lihat serpihan-serpihan jatuh dari langit, tentu mereka berkata, "Awan yang berlonggok!"

52:45. Maka tinggalkanlah mereka, sehingga mereka menemui hari mereka yang padanya mereka hairan,

52:46. Hari apabila muslihat mereka tidak berguna kepada mereka sedikit pun, dan mereka tidak ditolong.

52:47. Dan sesungguhnya bagi orang-orang buat kezaliman adalah azab yang lebih daripada itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

52:48. Dan sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunganlah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,

52:49. Dan lafazlah sanjungan-Nya pada waktu malam, dan pada pengunduran bintang-bintang.

Daftar Surah