Surah 51
YANG
MENERBANGKAN
(60 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
51:1. Demi yang menerbangkan, dengan menerbangkan sepantas-pantasnya,
51:2. Dan pembawa-pembawa beban berat,
51:3. Dan yang berlayar dengan mudah,
51:4. Dan pembahagi-pembahagi dengan perintah,
51:5. Sesungguhnya apa yang kamu dijanjikan adalah benar,
51:6. Dan sesungguhnya Pengadilan hampir terjadi!
51:7. Demi langit dengan semua jalan-jalannya,
51:8. Sesungguhnya ucapan kamu berselisih,
51:9. Dipalingkan daripadanya orang yang dipalingkan.
51:10. Binasalah orang-orang yang menduga-duga,
51:11. Yang kebingungan dalam kekusutan,
51:12. Dengan menanyai, "Bilakah Hari Agama (Pengadilan)?"
51:13. Pada hari mereka diuji di atas Api,
51:14. "Rasalah penganiayaan kamu ini! Inilah apa yang kamu minta disegerakan."
51:15. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman dan mata-mata air,
51:16. ambil apa sahaja yang Pemelihara mereka beri mereka; merekalah orang-orang buat baik sebelum itu.
51:17. Sedikit daripada malam mereka tidur,
51:18. Dan pada waktu sebelum dinihari, mereka minta ampun,
51:19. Dan orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat, ada bahagian dalam harta mereka.
51:20. Di bumi ada ayat-ayat bagi orang-orang yang yakin,
51:21. Dan di dalam diri-diri kamu sendiri; apa, tidakkah kamu lihat?
51:22. Dan di langit rezeki kamu, dan apa yang kamu dijanjikan.
51:23. Demi Pemelihara langit dan bumi, sesungguhnya ia benar seperti apa yang kamu ucapkan.
51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu Ibrahim yang mulia?
51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
51:26. Kemudian dia beralih kepada keluarganya, dan mendatangkan seekor anak lembu yang gemuk,
51:27. Dan dia letakkannya di hadapan mereka, dengan berkata, "Tidakkah kamu makan?"
51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka beri kepadanya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).
51:29. Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata, "Seorang perempuan tua yang mandul!"
51:30. Mereka berkata, "Demikianlah Pemelihara kamu berkata; sesungguhnya Dialah Yang Bijaksana, Yang Mengetahui."
51:31. Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
51:32. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
51:33. Untuk utuskan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat,
51:34. Yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan)."
51:35. Maka Kami keluarkan orang-orang mukmin yang di dalamnya,
51:36. Tetapi Kami tidak dapati di dalamnya kecuali sebuah rumah orang-orang yang muslim.
51:37. Dan di dalamnya Kami tinggalkan satu ayat bagi orang-orang yang takut akan azab yang pedih.
51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,
51:39. Tetapi dia berpaling, dengan penyokongnya, dengan berkata, "Seorang ahli sihir, atau seorang yang dirasuk!"
51:40. Maka Kami ambil dia dan tenteranya, dan Kami lemparkan mereka ke dalam laut, dan dia disalahkan.
51:41. Dan pada Ad, apabila Kami utus kepada mereka angin yang membinasakan,
51:42. Yang tidak tinggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput.
51:43. Dan pada Tsamud, apabila dikatakan kepada mereka, "Gembiralah kamu untuk suatu waktu!"
51:44. Kemudian mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, lalu halilintar ambil mereka, dan mereka sendiri perhatikan,
51:45. Dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong.
51:47. Dan langit - Kami membina ia dengan kekuatan, dan Kami merentangkannya dengan luas.
51:48. Dan bumi - Kami bentangkannya; sangat baiknya yang menghamparkan!
51:49. Dan daripada segala sesuatu Kami cipta dua jenis; supaya kamu mengingati.
51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
51:51. Dan janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
51:52. Begitulah, tiada seorang Rasul datang kepada orang-orang sebelum mereka, melainkan mereka berkata, "Seorang ahli sihir, atau seorang yang dirasuk!"
51:53. Apa, adakah mereka saling berwasiat dengannya? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang melampaui batas.
51:54. Maka berpalinglah kamu daripada mereka; kamu tidak akan jadi tercela.
51:55. Dan ingatkanlah; peringatan bermanfaat kepada orang-orang mukmin.
51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.
51:57. Aku tidak hendak daripada mereka rezeki, dan tidak juga Aku hendak supaya mereka beri Aku makan.
51:58. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Pemberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan, Yang Teguh.
51:59. orang-orang buat kezaliman dapat bahagian mereka yang serupa dengan bahagian teman-teman mereka; maka janganlah mereka minta disegerakan kepada-Ku!
51:60. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya, kerana hari mereka itu, yang mereka dijanjikan.