Surah 50
QAF
(45 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
50:1. Qaf. Demi al-Qur'an yang cemerlang!
50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!
50:3. Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah? Itu pengembalian yang jauh!"
50:4. Kami tahu apa yang bumi kurangkan daripada mereka; di sisi Kami ada sebuah kitab yang mencatat.
50:5. Tidak, tetapi mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka, maka mereka dalam urusan yang membingungkan.
50:6. Apa, tidakkah mereka perhatikan pada langit yang di atas mereka, bagaimana Kami membinanya, dan menampakkannya indah, dan ia tidak ada keretakan?
50:7. Dan bumi - Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang menggirangkan,
50:8. Untuk suatu pemahaman, dan peringatan, bagi tiap-tiap hamba yang berkesesalan.
50:9. Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati, dan tumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,
50:10. Dan pohon-pohon palma yang tinggi dengan seludang-seludang berderet rapat,
50:11. Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami hidupkan tanah yang sudah mati. Begitulah kekeluaran (kebangkitan).
50:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan penduduk Ras, dan Tsamud,
50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,
50:14. Dan penduduk Aikah, dan kaum Tubba. Masing-masing dustakan Rasul-Rasul, dan ancaman-Ku menjadi wajar.
50:15. Apa, adakah Kami letih dengan ciptaan pertama? Tidak, tetapi mereka adalah dalam ketidakpastian pada penciptaan yang baru.
50:16. Sesungguhnya Kami cipta manusia; dan Kami tahu apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.
50:17. Apabila dua penerima (malaikat) bertemu, satu duduk di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri,
50:18. Tiada sepatah perkataan yang dia ucapkan melainkan di sisinya ada penjaga yang sedia.
50:19. Sengsara maut datang dengan benar; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!
50:20. Dan trompet ditiup; itulah Hari Ancaman.
50:21. Dan tiap-tiap jiwa datang, bersamanya satu pemandu, dan satu saksi.
50:22. "Kamu adalah dalam kelalaian daripada yang ini; maka Kami hilangkan daripada kamu penudung kamu, lalu penglihatan kamu pada hari ini jadi tajam."
50:23. Dan teman yang dipercayainya akan berkata, "Inilah apa yang aku ada, tersedia."
50:24. "Lemparlah, kamu berdua, ke dalam Jahanam tiap-tiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang degil,
50:25. Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,
50:26. Yang adakan berserta Allah tuhan yang lain; maka kamu berdua, lemparlah dia ke dalam azab yang keras."
50:27. Teman yang dipercayainya berkata, "Wahai Pemelihara kami, aku tidak membuatnya melampaui batas, tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh."
50:28. Berkata, "Janganlah bertengkar di hadapan-Ku! Kerana Aku telah terlebih dahulu beri ancaman kepada kamu.
50:29. Ucapan tidak akan ditukar di sisi-Ku; Aku tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Ku."
50:30. Pada hari Kami berkata kepada Jahanam, "Adakah kamu sudah penuh?" Dan ia berkata, "Apakah ada tambahan?"
50:31. Dan Taman didekatkan dengan orang-orang bertakwa, tidak jauh,
50:32. "Inilah apa yang kamu dijanjikan; ia adalah untuk setiap yang kembali, yang memandang berat."
50:33. Sesiapa yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib, dan datang dengan hati yang berkesesalan,
50:34. "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera! Inilah Hari Yang Kekal."
50:35. Di dalamnya mereka dapati apa sahaja yang mereka hendaki; dan di sisi Kami ada tambahan.
50:36. Berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka yang lebih kuat dalam kekuatan daripada mereka, kemudian mereka mencari-cari di negeri-negeri! Apakah ada tempat lari?
50:37. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang empunya hati, atau mendengar sedang dia saksikan.
50:38. Kami cipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, dan kepenatan tidak sentuh Kami.
50:39. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya,
50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.
50:41. Dan dengarlah kamu pada hari apabila pemanggil akan memanggil dari sebuah tempat yang dekat.
50:42. Pada hari mereka dengar Teriakan dengan sebenarnya; itulah hari kekeluaran (kebangkitan).
50:43. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami kepulangan.
50:44. Pada hari apabila bumi berpecah belah dari atas mereka sambil mereka bercepat-cepat; itu, satu pengumpulan yang mudah bagi Kami.
50:45. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata; kamu tidak paksa mereka. Maka ingatkanlah dengan al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.