Surah 47
MUHAMMAD
(38 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
47:1. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, Allah sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.
47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
47:3. Itu adalah kerana orang-orang tidak percaya ikut yang palsu, dan orang-orang yang percaya ikut yang benar daripada Pemelihara mereka. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan mereka untuk manusia.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.
47:5. Dia akan beri petunjuk kepada mereka, dan membetulkan keadaan mereka,
47:6. Dan Dia masukkan mereka ke Taman yang Dia telah beritahukan mereka.
47:7. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan meneguhkan kaki kamu.
47:8. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia sesatkan amalan-amalan mereka.
47:9. Itu kerana mereka benci pada apa yang Allah turunkan, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:10. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Allah binasakan mereka; bagi orang-orang tidak percaya adalah sepertinya.
47:11. Itu adalah kerana Allah Pelindung orang-orang yang percaya, dan bahawa orang-orang tidak percaya tidak ada pelindung bagi mereka.
47:12. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan jadi tempat tinggal mereka.
47:13. Berapa banyaknya bandaraya yang lebih kuat dalam kekuatan daripada bandaraya kamu yang mengusir kamu yang Kami telah musnahkan! Dan tidak ada penolong bagi mereka.
47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka ikut keinginan mereka?
47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?
47:16. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia kata tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah letak satu penutup, dan mereka ikut keinginan mereka.
47:17. Tetapi orang-orang yang dapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia tambahkan dalam petunjuk, dan beri mereka ketakwaan mereka.
47:18. Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka peringatan mereka?
47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
47:21. Ketaatan, dan ucapan yang baik. Kemudian apabila urusan telah diputuskan, dan jika mereka benar kepada Allah, ia adalah yang lebih baik bagi mereka.
47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan buat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?
47:23. Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, lalu jadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka.
47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
47:26. Itu kerana mereka berkata kepada orang-orang yang benci pada apa yang Allah turunkan, "Kami akan taati kamu dalam sebahagian urusan"; dan Allah tahu rahsia-rahsia mereka.
47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?
47:28. Itu kerana mereka ikut apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:29. Atau, adakah orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit sangka Allah tidak akan keluarkan kebencian mereka?
47:30. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah tahu amalan-amalan (perbuatan) kamu.
47:31. Dan sungguh, Kami akan uji kamu sehingga Kami tahu orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan uji berita kamu.
47:32. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun mudaratkan Allah, dan Dia akan jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:33. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah jadikan amalan-amalan kamu sia-sia.
47:34. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan kemudian mati sedang mereka tidak percaya, merekalah yang Allah tidak akan ampunkan.
47:35. Maka janganlah lemah, dan seru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan lucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.
47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu percayai dan bertakwa, Dia akan beri kamu upah kamu, dan tidak minta kepada kamu harta-harta kamu.
47:37. Jika Dia memintanya kepada kamu, dan mendesak kamu, kamu jadi kikir, dan Dia keluarkan kebencian kamu.
47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk nafkahkan di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.